Negara Yaman adalah sebuah tempat pertumbuhan kebudayaan yang paling penting pernah tumbuh di Semenanjung Tanah Arab sebelum Agama Islam datang. Perkataan Yaman berasal dari perkataan "Yumn" yang bererti "berkata" (Yaqut : Mu’jamul Buldan pada kata "Yaman". Lihat pada Encyclopedia of Islam artikel "Yaman") Ianya dinamakan sedemikian, kerana di negara ini dikatakan banyak berkat dan kebaikannya. Negera Yaman juga tersangat makmur kerana tanahnya yang subur dan hujan pun lebih kerap turun di sana. Rakyat Yaman telah mendapat satu akal untuk membuat takungan-takungan air dan beberapa buah empangan. Mereka telah membuat empangan dan tempat takungan air ini adalah kerana dengan adanya empangan dan takungan air itu, air hujan dapat dipergunakan dengan baik sama ada untuk tujuan pertanian mahupun sebagai sistem perparitan;dan dari itu, kota-kota dan juga kampung-kampung serta tanaman mereka tidak lagi dilanda air bah di musim hujan. Rakyat Yaman juga pernah memegang peranan yang besar dalam sejarah pelancaran perdagangan antara timur dan barat. Sebaliknya, kerana faktor-faktor yang disebutkan itu yang telah menyebabkan keturunan mereka tidak murni lagi; antaranya bahasa mereka telah menjadi rosak, kerana datangnya kaum-kaum saudagar dari India, Sumatera, Tiongkok, Mesir dan Syria ke negera mereka yang tidak pernah luput dari dunia penjajahan, yang telah dilancarkan oleh negara-negara jiran yang lebih kuat dan yang mempunyai cita-cita untuk menjajah. Kerana kestabilan dan cara hidup yang makmur sebelum penjajahan, maka telah lahir di Yaman ini beberapa raja-raja purba yang mempunyai mahkota kekuasaan dan istana yang besar. Bila adanya seorang raja yang kuat, maka tunduklah seluruh negeri di Yaman itu kepadanya. Ianya dipatuhi oleh sekalian raja-raja yang lemah yang mengetuai wilayah wilayah kecil dan ketua-ketua daerah di seluruh daerah Yaman, bahkan Hadramaut pun tunduk kepadanya. Akan tetapi dimasa kekuasaanya lemah, Negara Yaman terbahagi kepada beberapa daerah yang kerap kali berperang dan bermusuh-musuhan. Diantara kerajaan-kerajaan penting yang pernah berdiri di Yaman ialah :Kerajaan Ma’in, Qutban, Saba’ dan Himyar.Kerajaan Ma’in telah wujud kira-kira tahun 1200 sebelum masehi, dan Kerajaan Qutban wujud kira-kira tahun 1000 sebelum Masehi. Kerajaan Qutban inilah yang jadi pengawal Selat Bab el Mandeb yang memisahkan Yaman dengan Sudan.
(acara khozin ramai2,)
(di arab daun qod kalau di malaysia seperti daun ketun)
(kedai kopi)
(aden)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan